30.03.2010-hari pertama saya menulis di blog ini...saya bercita-cita untuk menjadikan laman blog ini sebagai diari hidup saya...
Alhamdulillah hari ini saya masih diberikan nafas oleh Allah S.W.T. untuk meneruskan perjalanan hidup di atas bumi ciptaan Ilahi Yang Maha Agung... Saya sering terfikir bagaimanakah jika saya ditakdirkan meniggal dunia ketika dalam lena,apakah saya sudah bersedia dengan amalan yang sepatutnya menjadi bekal di akhirat kelak?
saya sendiri tidak pasti adakah amalan yang saya lakukan diterima oleh Allah Taala? tapi, sebagai insan yang sangat lemah kerana sesungguhnya hanya Dialah Yang Maha Kuasa, deep in my heart,saya amat berharap agar saya benar2 ikhlas menjalani kehidupan harian saya dan berharap agar Allah Taala menerimanya sebagai satu ibadat...amiin...
seperti biasa,kelas hari ini bermula dengan penuh rasa kesyukuran kerana saya berpeluang untuk menuntut ilmu... tapi saya agak sedih kerana hari ini saya tak mampu untuk menahan rasa mengantuk semasa 'lecture'... kdg2 saya x dapt fokus terhadap pembelajaran tersebut...
benarlah kata orang,kita akan benar2 menuntut ilmu jika kita benar2 mencari dan menantikan ilmu tersebut..mungkin tadi saya kurang bersedia....hmm,saya akan cuba untuk mengatasi masalah ni...
malam tadi baru sahaja habis berlatih karate...hm,saya seronok sebeb ia serba sedikit dpt me'release'kan tension saya setelah seharian mendengar lecture... um,cukuplah untuk hari ini.....moga hari esok lebih baik dari hari ini dan semalam=)
Wednesday, March 31, 2010
Tuesday, March 30, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)
