Wednesday, May 12, 2010

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni pergi bandar ngn adik,beli brg2 keperluannya utk masuk U...um,dh bsr rupanya adikku yg sorang ni...sekejap je masa berlalu..petang tu pegi pasar malam plk sbb adik ni kempunan sangt nk pegi,katanya last dh sblm msk U.so,terpaksa la teman di...balik tu letih btol smpi tertido dgn telekung ats sejadah lps slt Asar..pkl 6.30 ptg bangun huhu..nsb baik terbangun sblm Maghrib...Alhamdulillah,mlm ni sempat lg post sumthing kt blog ni..tgh hari td smpt bljr satu lg resipi dgn mama iaitu: sayur masak lemak
bahan2&cara2nya:
-1 btg petola,dihiris alur kulit kerasnya& dipotong kecil serong2
-sayur sawi
-tumbuk 1 ulas bwg putih& 2 ulas bwg merah yg saiz besar..jgn lupa seblm tu,mskkn satu sudu kecil lada sulah@ 5 butir lada sulah(maaf kalau salah penjodoh bilangan)
-santan dari 1/2 biji buah kelapa..
-mula2,mskkn santan dlm periuk(tanpa menggunakan minyak masak)..mskkn sekali bawang yg ditumbuk& petola yg dipotong td
-tggu smpi santan mendidih& petola jadi lembut..
-mskkn sedikit budu utk menambah persa& garam halus secukup rasa..
-masukkan sayur sawi
-tuggu hgga petola ckp lmbut.....SIAP!!!

Tuesday, May 11, 2010

Assalamualaikum w.b.t.

Sekarang tengah cuti kat rumah...Alhamdulillah,boleh rehat kat rumah,smbl tu ambl ksmpatan utk bljr masak ngn mama... semalam belajar masak kari terung ngn mama.. cara-caranya:
-2 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih dimayang
-2 ulas bwg mrh& 3 ulas bwg pth ditumbuk
-1 bungkus serbuk kari ikan ALLAGAPAS.masukkan serbuk kari dalam mangkuk dan
digaul rata dgn air dan bwg2 yg ditumbuk td
-basuh & belah terung(tidak terlalu muda @tua) ikut saiz yg disukai
-panaskan 2 sudu besar minyak dalm periuk.
-tumiskan bwg2 yg tlh dimayang td. bila dh naik bau@sedikit garing,mskkan
serbuk kari yg digaul dgn air & bwg td dan tumiskn hgga sdikt kering.
-mskkn terung yg dibelah td.biarkan skjp hgga terung menjadi lembut.
-masukkan santan (dr 1/2 biji kelapa)
-mskkn gula melaka(1 kerek).utk menambah perasa,mskkn garam halus secukup rasa.
-gaul hgga rata. tggu hgga mendidih...

*resipi org Kelantan..

Tuesday, April 13, 2010

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini memang hari yang tak dapat saya lupakan...huhu ngeri!! tadi keluar ke bandar dengan adik..masa tgh tunggu bas untuk pulang ke rumah,tiba2 ada seorang lelaki ni menghampiri kami..tengok pada keadaannya macam orang kurang waras..dia mintak duit seringgit dgn saya..huhu apa lagi,kecut perut la saya...masa tu hanya Allah Ta'ala saja yang tahu bagaimana perasaannya..saya dgn jujurnya cakap kat lelaki tu sy tak de duit..mmg betul pun sbb duit kecil yang tinggal hanya cukup2 untuk buat tambang bas..yang lain duit rm50..kalau guna duit rm50 tu untuk bayar tambang bas,confirm la kena sembur ngn abg drebar bas tu nt.. so dgn beraninya sekali lg sy menggelengkan kepala kt lelaki tu,tanda keengganan utk bg dia duit..melihatkan reaksi sy tadi,lelaki itu bergerak ke tempat lain di seberang jalan..huhu lega betul... MALANGNYA,mgkin krn masih tak ade org yg bagi dia seringgit,dia datang lagi kt saya...huhu dub dab dub dab jantungku dibuatnya...dia boleh lagi tanya nak bagi tak seringgit dgn muka bengisnya dan muka macam saya ni kenal sangat ngn dia..huhu..masa tu mcm2 rasa ada,nak call polis,nak jerit..rasa nak tengking dia pom ada..tapi bila fikir2 balik,rasa macam nak bukak karate pom ada...huhu sebenarnya rasa takut yang amat.apa yang saya buat ?...dek kerana tak tahan,saya beralih ke tmpat lain,tp dkt je..dia pom duduk kt lain dgn kecewanya..pastu baru saya terfikir betapa beraninya tindakan tu..huhu macam mana kalau tiba2 dia keluarkan pisau ke..tak ke naya..dahla orang tu macam sakit jiwa huhu bahaya betul...tapi apa2pun saya tahu itu adalah satu ujian Allah S.W.T. utk saya...krn perasaan takut itu merupakan satu ujian drpd ALLAH S.W.T. ...Alhamdulillah semuanya selamat...tapi dah rasa takut nak pergi bandar lagi huhu......

Saturday, April 10, 2010

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

25 RABIULAKHIR 1431....
Syukur Alhamdulillah ...hari ini saya masih diberi kesempatan untuk bernafas...semoga hari ini akan menjadi hari yang lebih baik dari semalam...
harapan saya untuk menulis di blog ini pada setiap hari nampaknya susah untuk dicapai... kita hanya mampu merancang, ALLAH S.W.T. yang menentukannya...sesungguhnya hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya..
Kehidupan sebagai pelajar perubatan sememangnya amat sibuk sehingga kadang2 saya terfikir adakah saya mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang muslimah@seorang anak kepada ibu bapa saya demi mengejar ilmu?...boleh dikatakan setiap hari saya ad bnyk assignmnt yg perlu disiapkan@ sibuk dgn persediaan utk mghadapi progress test..shggakan kdg2 sy terpaksa memendekkan bacaan al-Quran selepas solat fardhu@tidak sempat utk membaca tafsirnya@tidak membaca langsung ayat al-Quran slps solat fardhu...saya pom terfikir,mungkin saya sudah bersedia untuk menjawab soaln exam tapi adakah saya benar2 bersedia utk menjawab soaln malaikat tatkala di alam kubur kelak? adakah amalan saya cukup sekiranya ditakdirkan nyawa saya ditarik hari ini? SUBHANALLAH...saya benar2 tidak mengetahuinya... seringkali juga ibu saya yang tersayang menelefon saya utk bertanya khabar,mgkin kerana sudah beberapa hari saya tidak bercakap dgn ibu...mgkin ibu terasa rindu dgn anaknya ini...YA ALLAH,adakah saya berdosa kerana mmbuatkan ibu risau? kdg2 beberapa hari sy tak menelefon ibu krn ada bnyk tugasan... saya jadi takut...sekarang saya hnya belajar,tapi sudah ada kekangan masa utk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak...bagaimana pula jika saya ditakdirkan menjadi seorang doktor kelak?? YA ALLAH,sesungguhnya aku mohon kepadaMu agar mengabulkan impian aku untuk menjadi seorang doktor yang dpt mencurah bakti kpd masyarakat,agama dan negara dengan seikhlas hati...namun aku memohon kepada Mu YA ALLAH,bimbinglah aku setiap masa agar aku sentiasa ingat untuk berbakti kepada ibu dan ayahku tidak kira sesibuk mana pun aku...

Wednesday, March 31, 2010

welcome to da new series of life

30.03.2010-hari pertama saya menulis di blog ini...saya bercita-cita untuk menjadikan laman blog ini sebagai diari hidup saya...
Alhamdulillah hari ini saya masih diberikan nafas oleh Allah S.W.T. untuk meneruskan perjalanan hidup di atas bumi ciptaan Ilahi Yang Maha Agung... Saya sering terfikir bagaimanakah jika saya ditakdirkan meniggal dunia ketika dalam lena,apakah saya sudah bersedia dengan amalan yang sepatutnya menjadi bekal di akhirat kelak?
saya sendiri tidak pasti adakah amalan yang saya lakukan diterima oleh Allah Taala? tapi, sebagai insan yang sangat lemah kerana sesungguhnya hanya Dialah Yang Maha Kuasa, deep in my heart,saya amat berharap agar saya benar2 ikhlas menjalani kehidupan harian saya dan berharap agar Allah Taala menerimanya sebagai satu ibadat...amiin...

seperti biasa,kelas hari ini bermula dengan penuh rasa kesyukuran kerana saya berpeluang untuk menuntut ilmu... tapi saya agak sedih kerana hari ini saya tak mampu untuk menahan rasa mengantuk semasa 'lecture'... kdg2 saya x dapt fokus terhadap pembelajaran tersebut...
benarlah kata orang,kita akan benar2 menuntut ilmu jika kita benar2 mencari dan menantikan ilmu tersebut..mungkin tadi saya kurang bersedia....hmm,saya akan cuba untuk mengatasi masalah ni...

malam tadi baru sahaja habis berlatih karate...hm,saya seronok sebeb ia serba sedikit dpt me'release'kan tension saya setelah seharian mendengar lecture... um,cukuplah untuk hari ini.....moga hari esok lebih baik dari hari ini dan semalam=)

Tuesday, March 30, 2010