Tuesday, March 10, 2015

Ya Allah, kuatkan hatiku

'Innamal a'malubinniat'.. "sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat".. 8/3/15 Aku pulang dengan hati yang remuk dan kecewa. Tapi syukurku pada Ilahi kerana dia telah memakbulkan doaku.. Allah telah kabulkan doaku supaya Dia tunjuk padaku siapakah lelaki ini sebenarnya. Sejujurnya ini adalah kali pertama aku merasai perasaan ini..perasaan indah utk dicintai dan mencintai. Hanya sebulan perkenalan yang bermula dengan Facebook, telah membuat hatiku untuk suka padanya. Cuma aku belum tahu banyak perkara tentang dia.. Hinggalah tiba di saat yang aku tunggu. Dia membawa aku ke satu program Introduction utk MLM. Ya Allah remuknya hatiku...selama ini dia berkawan denganku hanya semata-mata utk menarik aku mnjadi salah seorang org bawahannya utk MLM. Aku rasa dia sgt kejam.. Atau adakah ini salah aku kerana terlalu cepat percaya pada seorang lelaki, kerana terlalu cepat dan mudah utk jatuh cinta..