Tuesday, April 13, 2010
Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini memang hari yang tak dapat saya lupakan...huhu ngeri!! tadi keluar ke bandar dengan adik..masa tgh tunggu bas untuk pulang ke rumah,tiba2 ada seorang lelaki ni menghampiri kami..tengok pada keadaannya macam orang kurang waras..dia mintak duit seringgit dgn saya..huhu apa lagi,kecut perut la saya...masa tu hanya Allah Ta'ala saja yang tahu bagaimana perasaannya..saya dgn jujurnya cakap kat lelaki tu sy tak de duit..mmg betul pun sbb duit kecil yang tinggal hanya cukup2 untuk buat tambang bas..yang lain duit rm50..kalau guna duit rm50 tu untuk bayar tambang bas,confirm la kena sembur ngn abg drebar bas tu nt.. so dgn beraninya sekali lg sy menggelengkan kepala kt lelaki tu,tanda keengganan utk bg dia duit..melihatkan reaksi sy tadi,lelaki itu bergerak ke tempat lain di seberang jalan..huhu lega betul... MALANGNYA,mgkin krn masih tak ade org yg bagi dia seringgit,dia datang lagi kt saya...huhu dub dab dub dab jantungku dibuatnya...dia boleh lagi tanya nak bagi tak seringgit dgn muka bengisnya dan muka macam saya ni kenal sangat ngn dia..huhu..masa tu mcm2 rasa ada,nak call polis,nak jerit..rasa nak tengking dia pom ada..tapi bila fikir2 balik,rasa macam nak bukak karate pom ada...huhu sebenarnya rasa takut yang amat.apa yang saya buat ?...dek kerana tak tahan,saya beralih ke tmpat lain,tp dkt je..dia pom duduk kt lain dgn kecewanya..pastu baru saya terfikir betapa beraninya tindakan tu..huhu macam mana kalau tiba2 dia keluarkan pisau ke..tak ke naya..dahla orang tu macam sakit jiwa huhu bahaya betul...tapi apa2pun saya tahu itu adalah satu ujian Allah S.W.T. utk saya...krn perasaan takut itu merupakan satu ujian drpd ALLAH S.W.T. ...Alhamdulillah semuanya selamat...tapi dah rasa takut nak pergi bandar lagi huhu......
Saturday, April 10, 2010
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
25 RABIULAKHIR 1431....
Syukur Alhamdulillah ...hari ini saya masih diberi kesempatan untuk bernafas...semoga hari ini akan menjadi hari yang lebih baik dari semalam...
harapan saya untuk menulis di blog ini pada setiap hari nampaknya susah untuk dicapai... kita hanya mampu merancang, ALLAH S.W.T. yang menentukannya...sesungguhnya hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya..
Kehidupan sebagai pelajar perubatan sememangnya amat sibuk sehingga kadang2 saya terfikir adakah saya mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang muslimah@seorang anak kepada ibu bapa saya demi mengejar ilmu?...boleh dikatakan setiap hari saya ad bnyk assignmnt yg perlu disiapkan@ sibuk dgn persediaan utk mghadapi progress test..shggakan kdg2 sy terpaksa memendekkan bacaan al-Quran selepas solat fardhu@tidak sempat utk membaca tafsirnya@tidak membaca langsung ayat al-Quran slps solat fardhu...saya pom terfikir,mungkin saya sudah bersedia untuk menjawab soaln exam tapi adakah saya benar2 bersedia utk menjawab soaln malaikat tatkala di alam kubur kelak? adakah amalan saya cukup sekiranya ditakdirkan nyawa saya ditarik hari ini? SUBHANALLAH...saya benar2 tidak mengetahuinya... seringkali juga ibu saya yang tersayang menelefon saya utk bertanya khabar,mgkin kerana sudah beberapa hari saya tidak bercakap dgn ibu...mgkin ibu terasa rindu dgn anaknya ini...YA ALLAH,adakah saya berdosa kerana mmbuatkan ibu risau? kdg2 beberapa hari sy tak menelefon ibu krn ada bnyk tugasan... saya jadi takut...sekarang saya hnya belajar,tapi sudah ada kekangan masa utk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak...bagaimana pula jika saya ditakdirkan menjadi seorang doktor kelak?? YA ALLAH,sesungguhnya aku mohon kepadaMu agar mengabulkan impian aku untuk menjadi seorang doktor yang dpt mencurah bakti kpd masyarakat,agama dan negara dengan seikhlas hati...namun aku memohon kepada Mu YA ALLAH,bimbinglah aku setiap masa agar aku sentiasa ingat untuk berbakti kepada ibu dan ayahku tidak kira sesibuk mana pun aku...

Subscribe to:
Comments (Atom)