Tuesday, September 6, 2011

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, selesai sudah professional exam aku slama 4 hari...sesungguhnya 2mggu sblm exam dan 4 hari exam merupakan hari yg sungguh penat...tp Alhamdulillah,aku besyukur walaupun terdapat soalan yg x dapat dijawab dgn sempurna, aku bersyukur kerana banyak sekali bantuan Allah yg aku dapat..ini sekadar utk berkongsi cerita...tidak ad yg lbih dr itu,InsyaAllah...
Aku bukanlah top student dan aku sangat takut dgn peperiksaan ini...maklumlah soalan utk exam kali ini merangkumi kesemua perkara yg aku belajar selama 2 tahun menjadi pelajar medik..Alhamdulillah Allah telah memberikan aku ketenangan sepanjang 2 minggu study week+ sepanjang minggu pepriksaan...walaupun ada juga masa di mana aku rasa ingin menangis, tapi aku redha dengan ketentuan Allah..aku hanya mampu berusaha tetapi hanya Allah yg berhak menentukan segala-galanya...
Esok keputusan utk VIVA VOCE akan keluar..Aku harap aku akan terus redha dgn sgala ketentuanNya.. aku telah berusaha sedaya yg aku mampu dan aku yakin dgn ketentuannya..Hanya Alah yg mengetahui apa yg terbaik utk aku...Hanya satu harapanku, aku harap aku akan mendapat keputusan yg akan menggembirakan ma dan ayah di kampung..aku ingin hadiahkan kejayaan kpd mrk..tp aku tetap percaya,hanya Allah yg mengetahui apa yg terbaik utk hamba-hambaNya...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...salam sejahtera.smga Allah Ta'ala sentiasa memberkati kita..
Alhamdulillh, syukur Allah masih memberikan aku peluang untuk menghirup udara ciptaanNya..Betapa besarnya nikmat Allah..kita berhutang dgn Allah atas setiap udara yang kita ambil dan Maha Suci Allah, hutang2 itu tidak dapat kita bayar walau sejuta tahun pun kita beribadat kepadaNya...
Setiap hari kita melakukan dosa, setiap hari juga kita lalai dan lagha.. adakah sesiapa yg berani menjamin bahawa setiap 24 jam sehariyang dilalui. tidak pernah pun dia lalai drpd mengingati Allah? Kita bergelak ketawa, bergurau senda dgn sahabat2 tanpa menghiraukan sekeliling,adakah waktu itu hati kita mengingat Allah?
Alhamdulillah jika hati kita pada Allah..tapi itulah lumrah seorang manusia bergelar insan..perkataan INSAN itu sendiri memberi maksud bahawa manusia adalah makhluk yg pelupa..namun, Allah itu ar-Rahman dan ar-Rahim..Allah itu maha pengampun..justeru, kita haruslah beristighfar setiap kali kita sedar bahawa kita melakukan dosa..seharusnya bibir kita sering dibasahi dgn zikir dan istighfar kerana kita sering melakukan dosa...Nauzubillah...smg Allah menjauhkan kita drpd perkara2 mungkar..sesungguhnya kata2 ini juga ditujukan utk diri saya sendiri..smg kita dapat menjadi umat yg lbih baik..